TEXAS – Seorang wanita yang memiliki berat badan 294 kilogram (kg) menyalahkan kedua-dua ibu bapanya kerana menyebabkan dia ketagih kepada makanan sekali gus mengalami masalah obesiti yang kronik.
Nikki Webster, 33, berkata, sejak kecil lagi ibu dan bapanya akan menyediakan apa sahaja makanan yang dia mahu makan, malah melayannya seperti seorang permaisuri.
“Sejak kecil saya menjadi seorang yang ketagih kepada makanan dan akhirnya semua ini ‘membunuh’ saya.
“Sebaik bangun tidur, saya menjadi tidak sabar untuk makan. Ibu atau bapa saya pula akan menyediakan makanan, malah saya tidak perlu turun ke bawah untuk sarapan di bilik tidur,” kata Webster dengan linangan air mata.
Dia menceritakan demikian dalam satu program realiti televisyen TLC, My 600lb Life musim keempat yang akan mula ditayangkan pada 6 Januari depan.
Webster merupakan salah seorang daripada 12 individu obes yang memaparkan kisah hidup mereka selain bertanding antara satu sama lain untuk menurunkan berat badan. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3u9buGb3L
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment