Mark Zuckerberg (kiri) dan isteri, Priscilla, bersama anak perempuan mereka, Max. AFP
SAN FRANCISCO 2 Dis. - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg akan menyumbang 99 peratus saham Facebook Inc. miliknya yang ketika ini bernilai AS$45 bilion (RM190 bilion) untuk melaksanakan satu projek kebajikan yang memfokus kepada potensi dan kesamarataan.
Rancangan tersebut ditulis dalam sepucuk surat kepada anak perempuannya, Max, yang baru dilahirkan dan disiarkan dalam laman rasmi pengasas Facebook itu.
Pendedahan tersebut menarik perhatian lebih 570,000 pengguna termasuk penyanyi Shakira, bekas Gabenor California Arnold Schwarzenegger dan isteri pengasas Microsoft, Melinda Gates yang menekan butang like.
Zuckerberg, 31, yang akan menyelia inisiatif baharu itu bersama isterinya, Priscilla Chan kekal menguruskan laman web sosial terbesar tersebut.
Beliau bagaimanapun akan mengekalkan saham majoriti di Facebook yang bernilai AS$303 bilion (RM1.283 trilion) ketika pasaran saham ditutup semalam.
Usahawan itu merancang untuk kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.
Projek terbaharu tersebut yang dikenali sebagai Inisiatif Chan Zuckerberg bukan projek kebajikan pertamanya.
Ketika berumur 26 tahun, beliau menandatangani Ikrar Memberi yang menjemput individu dan keluarga kaya di seluruh dunia untuk berjanji memberi separuh daripada kekayaan mereka untuk kebajikan. – REUTERS
4 comments:
maybe Datok seri Najib was one of the recipient of the donation...
Mak oiii....
Reta dia lebih byk drp reta msia
Kadang2 nak lari tax je.
Siapa dermawan Arab yg derma 2.6 bilion tu?
Post a Comment