Laman web Oddity Central me­laporkan, bonus tersebut diberikan oleh Hilcorp kerana syarikat ber­kenaan berjaya menjana pendapatan lumayan sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Jeff Hildebrand berkata, setiap 1,381 orang pekerjanya akan menerima wang bonus lumayan itu sebagai ganjaran kerja kuat mereka selama ini.
“Ini adalah hadiah yang sangat bermakna. Saya rasa kami sebagai pekerja telah memberikan segala-galanya kepada syarikat ini.
“Dengan hadiah seperti ini, tidak menghairankan jika Hilcorp diiktiraf sebagai satu daripada 100 buah syarikat terbaik dalam majalah Fortune untuk tiga tahun berturut-turut,” kata Amanda Thompson yang sudah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 10 tahun.
Kata Thompson lagi, ini bukanlah kali pertama syarikatnya memberi bonus yang mewah kepada pekerja kerana pada tahun 2010 syarikat pernah memberi hadiah yang tidak kurang lumayan.
“Pada tahun 2010 pihak pengurusan syarikat memberi pilihan kepada kami sama ada untuk memiliki sebuah kereta pada harga AS$50,000 (RM214,426) atau mahukan wang tunai sebanyak AS$35,000 (RM150,098),” ujarnya lagi.