Pages

Saturday, October 17, 2015

Tuah, sumpahan kaki gergasi


Caracas: Seorang lelaki berusia 20 tahun memecahkan Rekod Dunia Guinness kerana memiliki kaki terbesar di dunia.

Bagi Jeison Orlando Rodriguez Hernandez, kakinya yang bersaiz gergasi itu bukan saja membawa tuah, tetapi juga satu sumpahan apabila membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang, namun turut menyebabkannya menjadi sasaran pembuli ketika kecil.

Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.

Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.

Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.

“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, namun kerana cuma tahan dua atau tiga minggu saya kadangkala berkaki ayam saja.

“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Saya suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.

Seorang pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas pergi ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.

Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32. Sultan juga lelaki tertinggi dunia dengan ketinggian 2.51 meter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 6:57 AM

KASUT Hernandez (kiri) bersaiz gergasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85808#sthash.k1cUmqrP.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,tuan boleh linkan blog saya kedalam bloglist blog tuan,ini blog saya http://gengmediaa.blogspot.my/