'Doktor pernah kata hayat Buell hanya 2 minggu' Jason Buell
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan separuh otak dan separuh tengkorak menyambut hari lahirnya yang pertama, Ahad lepas.
Menurut ABCActionNews, Jaxon Buell, 13 bulan, dikatakan tidak akan dapat hidup melepasi dua minggu selepas dilahirkan tahun lepas.
"Mereka (doktor) kata dua minggu, dua bulan dua tahun. Sekarang, mereka beritahu kami bahawa mereka tidak tahu," kata ibu Jason, Brittany.
Menurut ayahnya, Brandon, pihak hospital gagal memberi punca penyakit tersebut.
"Ia dikenali sebagai Anencephaly," kata Brandon.
Anencephaly adalah kecacatan yang menyebabkan bayi lahir tanpa sebahagian otak dan tengkorak kepala.
Hanya satu dari 4,859 bayi di Amerika Syarikat (AS) berisiko menghidap kecacatan tersebut, kata laporan Pusat Kawalan Penyakit.
Ibu bapa Jason memberitahu, doktor mengatakan bahawa anaknya tidak akan dapat bercakap, melihat, mendengar dan hidup untuk beberapa bulan lagi.
"Jason berkata 'mama' dan 'dada' (ayah) setiap kali bangun tidur dan bersemangat untuk memulakan harinya," kata mereka.
Keluarga Jason membuat sebuah laman, Jason Strong di Facebook untuk mengutip dana perubatan untuk menguruskan bil-bil hospital yang mahal.
Beberapa perkongsian di laman tersebut menjadi viral di mana orang ramai menyokong sikap positif Jason yang kini menginjak umur 13 bulan.
No comments:
Post a Comment