Pages

Wednesday, August 5, 2015

Polis geledah Bahagian Operasi Khas SPRM

Putrajaya: Sepasukan polis Bukit Aman menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3, di sini, sebentar tadi.
Operasi geledah itu dipercayai bagi mendapatkan dokumen yang ada kaitan dengan kebocoran maklumat draf pertuduhan SRC International Sdn Bhd.
Sepasukan pegawai polis dilihat memasuki pejabat BOK SPRM di aras tujuh menara berkenaan kira-kira 7 petang bagi menggeledah pejabat berkenaan sebelum beredar sejam kemudian dengan menaiki dua buah kenderaan polis jenis Proton Preve.
Terdahulu, Timbalan BOK SPRM, Datuk Tan Kang Sai turut dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, petang tadi.
Kang Sai bersama beberapa pegawai lain memberi keterangan selama hampir tiga jam kepada polis Bukit Aman sebelum beredar meninggalkan IPD Putrajaya kira-kira 7 petang.
Dalam pada itu, dua pegawai SPRM dikenali masing Pegawai BOK Tuan Roslan Tuan Mat dan Pegawai Penyiasat Rosli Hussain turut dilihat memasuki IPD Putrajaya bagi memberi keterangan sama.
Menurut sumber, Tuan Roslan dan Rosli ditahan polis ketika keterangan mereka diambil di IPD Putrajaya sebelum di bawa ke pejabat mereka di Menara Prisma.
Difahamkan, polis turut menggeledah kediaman kedua-dua pegawai SPRM itu bagi mendapatkan maklumat dan melengkapkan siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:36 PM


POLIS Bukit Aman keluar selepas menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68471#sthash.Fd0Psr14.dpuf

No comments: