NOR AZURA MD AMN
28 OGOS 2015
Ikan layarab seberat 300kg ditemui
PONTIAN - Jika sebelum ini bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui nelayan Tanjung Piai, kali ini nelayan Permas pula bertemu seekor ikan todak seberat hampir 300 kilogram tersangkut pada jaring nelayan, pagi tadi.
Nelayan, Yaacob Mohd Nor, 51, yang menemui ikan layaran itu berkata, dia agak terkejut apabila melihat objek tajam tersangkut jaring yang dipasang disekitar kawasan pantai di Permas.
"Ketika saya turun ke laut kira-kira jam 9.30 pagi tadi, saya dapati ada objek tajam tersangkut pada jaring. Selepas mendekatinya, rupanya ia bangkai seekor ikan layaran sepanjang kira-kira 3 meter.
"Saya terpaksa meminta bantuan daripada tiga orang nelayan lain untuk mengangkat bangkai ikan layaran itu ke dalam bot. Setiba di jeti, ramai yang terkejut melihat ikan layaran ini.
"Lebih 10 orang diperlukan untuk mengangkat ikan ini ke atas jeti,"katanya.
No comments:
Post a Comment