Pages

Thursday, July 16, 2015

Tidak sedar 20 tahun simpan lukisan curi



AGENSI - SEORANG wanita di Sussex, Britain tidak menyedari telah menyimpan lukisan curi bernilai lebih £20,000 ini di rumahnya selama 20 tahun.


SUSSEX, Britain – Seorang pesara Britain secara tidak sengaja telah membeli enam lukisan curi bernilai lebih £20,000 (RM116,776) dengan harga cuma beberapa ratus Pound sebelum dia meninggal dunia tanpa mengetahui hal sebenar.
Wanita yang namanya enggan disiarkan itu telah menyimpan lukisan berharga tersebut di rumahnya selama 20 tahun dan dia tidak pernah mengetahui bahawa lukisan itu sebahagian daripada rompakan hasil seni besar-besaran yang berlaku 43 tahun lalu.
Difahamkan, dia membeli enam lukisan minyak abad ke-19 itu pada 1991 dengan hanya beberapa ratus Pound dan pendedahan bahawa kesemua lukisan itu adalah dicuri daripada Muzium Amsterdam pada tahun 1972 terbongkar selepas kematiannya.
Ekoran kematian wanita itu, bekas suaminya telah menawarkan lukisan daripada pelukis dari Belanda, Belgium dan Poland-Perancis pada harga £20,000 untuk lelongan.
Bagaimanapun firma lelongan Gorringes di Lewes, barat Sussex yang memeriksa lukisan itu di pangkalan data seni mendapati, semua karya tersebut adalah barangan curi.
“Kesemua lukisan itu telah hilang daripada muzium kami sejak sekian lama dan kami sebelum ini hanya mempunyai harapan yang tipis untuk melihatnya semula,” ujar Pengarah Muzium Amsterdam, Paul Spies.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3g0PUyUe9 
Hakcipta terpelihara 

No comments: