Pages

Monday, May 4, 2015

Cheetah dilatih bergaya untuk sesi fotografi di zoo AS



CHEETAH di Taman Safari Haiwan West, Santa Rosa di California dilatih untuk merakam potret bersama pengunjung di taman itu.


SANTA ROSA, California – Sebuah taman safari di Amerika Syarikat (AS) melatih harimau Cheetah untuk bergaya supaya para pengunjung dapat bergambar kenangan bersama haiwan buas itu.
Taman Safari Haiwan West di sini melatih dua ekor cheetah betina dan dua ekor cheetah jantan melakukan pelbagai gaya untuk sesi fotografi bersama pengunjung zoo berkenaan.
Kedua-dua Cheetah betina itu yang dibesarkan di taman safari tersebut sejak dari kecil dilatih untuk duduk dan memberi pelbagai gaya menarik untuk rakaman gambar potret.
Dua pelatih profesional akan mengawal haiwan-haiwan tersebut sepanjang sesi fotografi bersama pengunjung untuk mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Kami tidak membiarkan Cheetah betina berada di luar kurungan terlalu lama kerana khuatir ia akan menjadi buas. Namun, Thula dan Gijima (Cheetah betina) masih melakukan penggambaran itu tetapi secara had,” kata seorang pegawai taman safari itu.
Kedua-dua cheetah betina yang berusia 10 tahun itu akan diberi ganjaran hidangan istimewa selepas menjalani sesi fotografi bersama pengunjung. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Z99K8Bzm 
Hakcipta terpelihara 

No comments: