Seorang lelaki dan wanita, menaiki motor bersama di Banda Aceh, Indonesia, semalam. Aceh Utara melarang pasangan belum berkahwin naik motosikal bersama. AFP
BANDA ACEH 4 Mei – Rantau Aceh Utara meluluskan undang-undang yang memerlukan sekolah untuk mengajar pelajar lelaki dan perempuan secara berasingan.
Anggota badan perundangan Aceh, Fauzan Hamzah berkata, peraturan seumpama itu telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh agama dan diharap dapat dikuatkuasakan bukan sahaja di Aceh Utara, namun keseluruhan wilayah ini.
Fauzan berkata, peraturan itu juga memerlukan pelajar membaca al-Quran pada setiap malam.
“Selepas ini, penggubal undang-undang akan mula membincangkan peraturan mengharamkan lelaki dan wanita dari menunggang motosikal bersama-sama,” katanya.
Katanya, beliau percaya undang-undang tersebut akan dipersetujui semua pihak termasuk pelajar.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah beberapa tahun lalu.
Pada Oktober lalu, wilayah ini turut meluluskan undang-undang antihomoseksual yang menyaksikan pelakunya boleh disebat 100 kali. – REUTERS
No comments:
Post a Comment