ASTANA, Kazakhstan - Bagi menarik lebih ramai orang awam menyertai pasukan tentera, Kementerian Pertahanan Kazakhstan menganjurkan pertandingan ratu cantik yang disertai oleh pegawai tentera wanita baru-baru ini.
Seramai 123 peserta telah dipilih dan gambar mereka telah dimuat naik ke laman web kementerian itu untuk diundi oleh orang ramai.
“Undian yang dibuka kepada umum sehingga kelmarin turut diterima dari beberapa negara jiran lain seperti Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Rusia,” ujar jurucakap kementerian tersebut.
Setiap calon ratu cantik itu disertakan dengan tiga keping gambar berlainan iaitu memakai baju uniform, baju kasual dan gambar bersama alat senjata api.
Sehingga undian dibuka, seramai 30,000 pengundi telah melihat calon-calon ratu cantik berkenaan yang didahului oleh seorang peserta, Sarjan Aigerim Karakuchukova dengan undian sebanyak 1,100.
Rata-rata pengundi memberi reaksi terhadap penganjuran pertandingan tersebut dengan menyatakan kecantikan asli wanita Kazakhstan setanding dengan jelitawan dunia. – Agensi
No comments:
Post a Comment