Pages

Thursday, February 26, 2015

Cari madu, jumpa pelanduk putih

Langkawi: Kehadiran pelanduk putih seberat 0.5 kilogram bagai membawa tuah kepada Jismani Hasan, 41, apabila rumahnya berterusan dikunjungi orang ramai di Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, di sini, untuk melihat keunikan haiwan itu.
Jismani berkata, sebelum itu haiwan pelik berkenaan ditemui kira-kira 5.30 petang 18 Februari lalu ketika dia bersama seorang anak lelakinya mencari madu lebah di hutan simpan Bukit Tekoh di sini.
"Ketika berada di tepi sungai yang dikenali sebagai Telaga Tok Siti di hutan Bukit Tekoh, kami ternampak seekor pelanduk putih turun ke sungai untuk minum air.
"Kami pasang pukat dan sejam kemudian pelanduk putih itu tersangkut sebelum ia ditangkap dan dibawa pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Difahamkan penemuan pelanduk putih itu adalah kali kedua berlaku di pulau ini, selepas haiwan ganjil terbabit ditemui di hutan sama pada 23 Mac 2001.
Bapa kepada enam anak itu berkata, dia bertekad membela pelanduk diberi nama `Awang Putih' itu biarpun ada beberapa pihak berminat membelinya termasuk menawarkan harga lebih RM1,000 setakat ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 12:49 PM


PELANDUK putih yang ditemui Jismani di hutan simpan Bukit Tekoh. FOTO Hamzah Osman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33044#sthash.ypd9VO1x.dpuf

No comments: