GEORGIA 21 Feb. – Seorang wanita yang akan menjalani hukuman mati di negeri ini telah mengemukakan pelbagai menu makanan daripada pihak penjara sebagai permintaan terakhirnya, sebelum tiba tarikh hukuman ke atasnya dilaksanakan.
Agensi berita ABC News memetik kenyataan Jabatan Kesalahan Georgia sebagai berkata, Kelly Renee Gissendaner (gambar) berharap pihak penjara dapat menyediakan lapan jenis makanan yang dimintanya.
Makanan tersebut ialah burger keju, kentang goreng, air limau, aiskrim ceri vanila, bertih jagung, salad dan minuman susu.
Gissendaner dijatuhi hukuman mati pada 1998 atas kesalahan membunuh suaminya dan dia akan menjalani hukuman tersebut menggunakan kaedah suntikan pada 25 Februari ini.
Sebelum ini, pihak penjara Amerika Syarikat (AS) memenuhi setiap permintaan banduan yang dijatuhi hukuman mati untuk mendapatkan makanan yang lazat.
Namun, amalan itu dihentikan pada 2011 selepas seorang banduan, Lawrence Russell Brewer enggan makan makanan yang dipesannya daripada pihak penjara Texas.
No comments:
Post a Comment