Truk Lagoon menjadi tempat persemadian beratus-ratus bangkai kapal dan pesawat yang pernah digunakan dalam Perang Dunia Kedua. – AGENSI
TRUK LAGOON 12 Jan. - Sebuah kawasan di Truk Lagoon, barat Lautan Pasifik menjadi tempat persemadian beratus-ratus bangkai kapal dan pesawat yang pernah digunakan dalam Perang Dunia Kedua.
Mail Online melaporkan, lebih 40 buah bangkai kapal perang Jepun dan 250 buah pesawat terdampar di kawasan berkenaan selepas diserang oleh tentera pakatan dalam Operasi Hailstone dari 16 hingga 17 Februari 1944.
Hampir 70 tahun selepas kejadian serangan tersebut berlaku, kawasan berkenaan kini menjadi tempat persemadian bangkai kapal dan pesawat perang terbesar di dunia.
Selain itu, kawasan tersebut juga menjadi tarikan kepada para penyelam yang kagum dengan kekayaan sejarah, hidupan laut, dan batu karang yang terdapat di sekitarnya.
Seorang penyelam, Nick Blake, 49, berkata, pemandangan yang menarik selain kepelbagaian ikan dan batu karang menjadi sebab mengapa ramai penyelam gemar menghabiskan masa di kawasan berkenaan.
“Tanpa rasa ragu, ini adalah kawasan pelancongan terbaik di dunia. Bangkai kapal dan pesawat memberikan permandangan yang menarik kepada kami,” jelas Blake.
No comments:
Post a Comment