Bangkit selepas 19 tahun koma
SEORANG lelaki di Amerika Syarikat akhirnya bangun selepas menghabiskan hampir 20 tahun dalam keadaan koma.

Perkataan pertama yang diucapkan Terry Wallis, 39, ialah 'mama' selepas melihat ibunya yang duduk di tepi katil.

Perkataan kedua diucapkannya ialah Pepsi diikuti susu.

Wallis koma selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Mountain View, Arkansas pada bulan Julai 1984.

Akibat kemalangan itu, dia koma selama 19 tahun dan disahkan lumpuh.

Isteri Wallis, Sandi berkata dia tidak putus harapan meskipun menyedari peluang untuk suaminya sedar adalah tipis.

"Saya akui berdepan banyak kesukaran sepanjang Wallis koma. "Apabila dia diperlukan, dia tiada di sana," katanya.

Ketika kemalangan itu berlaku, anak perempuan Wallis, Amber baru dilahirkan.

Amber kini seorang gadis remaja dan menjadi inspirasi untuk Wallis pulih.

Menurut Sandi, meskipun Wallis koma, tetapi mereka tidak pernah terlepas untuk melawatnya setiap hujung minggu di Pusat Pemulihan Stone County.

Malah, mereka turut meraikan majlis-majlis tertentu di sebelah katil suaminya.

Dalam kemalangan 1984 itu, Wallis dan rakannya memandu kereta sebelum kenderaa mereka terbabas ke dalam sungai. - Daily Mail