Waterson menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia. |
Helen Waterson, 36, menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia.
"Saya terlepas banyak detik-detik penting dalam hidup kerana tidak dapat bersosial atau bercinta seperti orang lain," katanya.
Menurut Waterson, dia boleh berjaga selama tiga jam hanya jika mengambil sejenis ubat yang memberi kesan sampingan kepadanya dan penyakit jarang berlaku itu turut menjejaskan memori jangka panjangnya.
Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut terpaksa berhenti kerja kerana dia perlu 'tidur' sepanjang hari di rumah.
Walaupun mengalami masalah tersebut, Waterson tetap berjaya menamatkan pengajian di universiti dan mendapat kerja yang baik sebagai pengurus gadai janji, laporan dipetik dari The Mirror.
No comments:
Post a Comment