Pages

Friday, November 28, 2014

Jutawan bina kediaman mewah untuk penduduk kampung



Agensi - PERMANDANGAN kompleks kediaman mewah yang dibina Shuihua untuk penduduk kampungnya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi, China.


BEIJING – Seorang jutawan merobohkan rumah-rumah usang milik penduduk di kampung halamannya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi selatan China sebelum membina sebuah kawasan perumahan mewah untuk mereka.
Jutawan itu, Xiong Shuihua (gambar kecil), 54, berkata, dia membina kompleks kediaman mewah bernilai RM21 juta itu sebagai membalas jasa penduduk kampung yang sentiasa melayan keluarganya dengan baik.
Kompleks kediaman itu kini didiami kira-kira 72 keluarga, malah golongan warga emas dan penduduk miskin di situ turut diberikan makanan percuma tiga kali sehari.

Agensi - PENDUDUK warga emas dan miskin yang mendiami kompleks kediaman mewah itu turut diberi makanan percuma tiga kali sehari.


Keluarga Shuihua hidup dalam kemiskinan ketika menetap di kampung berkenaan tetapi lelaki itu mula meraih kekayaan selepas membuka kilang besi.
“Saya kini memiliki terlalu banyak wang tetapi saya tetap ingat di mana saya membesar dan kesusahan keluarga saya hadapi sebelum ini.
“Saya mahu membalas jasa penduduk kampung ini kerana mereka pernah membantu saya dan keluarga saya ketika kami miskin dahulu,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3KJHBkT9h 
Hakcipta terpelihara 

4 comments:

Anonymous said...

Nilah kesedaran. Mgkin org kita yg kaya-raya byk kereta, kena mcm ni juga.
Susah sama-sama, senang sama2...

Anonymous said...

Orang UMno kena tgok ni, jgn dh senang lupa diri...ni mintak sikit duit dh tunjuk ego, mcm2 ckp...
Kena ingat, Umno bukan segala2nya, kena inggat yg bg tu kehendak Allah.

Anonymous said...

bangsa cina boleh mcm ni, napa tidak kita org yg mengaku islam. Tgoklah rakyat yg susah tu,
Ni balik2, rakyat yang kena, minyak kita, GST kita, saman kita, salah pla, kita, lmbt byr income tax kita...
Negara kita, yg mewah makin mewah, yg susah, hnya dpt Brim je.. itu pun dikutip balik...pohhhda..

Anonymous said...

saya support org cina ni