Pages

Sunday, March 2, 2014

Keju 3,500 tahun pada mumia


Menurut kajian yang dilakukan di Institut Max Planck Cell Biology and Genetics, keju berkenaan berasal dari tahun 1615 Sebelum Masihi (SM), 3,500 tahun lalu, menjadikannya keju tertua di dunia pernah ditemui. 
“Penemuan ini membuktikan teknologi pembuatan keju yang mudah dan murah sudah wujud sejak lama dulu,” kata ahli arkeologi, Andrej Shevchenko. 

Pada mulanya, ahli arkeologi menemui beberapa cebisan kecil pada dada dan leher mumia berkenaan dan selepas pemeriksaan dilakukan didapati ia sebenarnya keju.
Foto
ANAK panah menunjukkan cebisan keju yang terdapat di leher mumia yang ditemui di China.

Andrej berkata keju itu mungkin ditaburkan pada mayat sebagai bekalan makanan untuk kehidupan selepas mati mengikut kepercayaan masyarakat zaman itu.

Kajian sebelum ini menunjukkan teknologi pembuatan keju bermula sekitar 7,000 tahun lalu tetapi keju yang dibuat pada zaman itu tidak pernah ditemui. 

Ahli arkeologi yakin teknologi sama digunakan dalam pembuatan keju pada zaman berkenaan, dengan campuran susu dan yis. 

Mumia berkenaan ditemui di perkuburan Xiohe yang juga dikenali sebagai Small River Cemetery Number 5 yang menyaksikan penemuan pertama di situ sekitar tahun 1930-an oleh ahli arkeologi Sweden. 

Mumia di kawasan berkenaan ditempatkan dalam keranda berbentuk perahu. Keranda berkenaan dibalut dengan kulit lembu, mewujudkan ruang tidak berjisim, membolehkan mayat didalamnya diawet.- Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

No comments: