Kabin Antoine dilengkapi sebuah katil, meja lipat dan tingkap selain hanya boleh memuatkan seorang penghuni sahaja. – AGENSI
BERN, Switzerland 21 Dis. – Sekilas pandang, anda mungkin menyangka bongkah batu besar yang terdapat di kawasan kaki pergunungan Alphine, sebagai batu biasa.
Bagaimanapun, ‘batu besar’ itu merupakan sebuah rumah kecil atau kabin yang dikenali sebagai Antoine dibina oleh syarikat arkitek, Bureau A berdasarkan watak utama novel nukilan penulis Switzerland, Charles-Ferdinand Ramuz.
Menurut laporan Yahoo, novel bertajuk Derborence itu menceritakan seorang mangsa kejadian tanah runtuh, Antoine yang berjaya meneruskan hidup selama tujuh minggu di bawah timbunan batu di Lembah Alphine.
Jelas laporan itu yang memetik kenyataan firma Bureau A, kabin berkenaan dibina sebagai meniru tradisi pemantauan di Gunung Alps selain memberi peluang untuk tinggal dan bersembunyi di kawasan berkenaan.
“Kediaman tersebut yang hanya boleh memuatkan seorang penghuni sahaja, dibina dalam tempoh enam minggu sebelum diangkut ke satu lokasi strategik di kaki gunung itu.
“Kabin terbabit dilengkapi sebuah katil kecil, meja lipat, tingkap, dan pendiangan, manakala bahagian luarannya dicat serta diukir sehingga kelihatan seperti batu,” tambah laporan tersebut.
Bagaimanapun, firma itu tidak memaklumkan tujuan sebenar rumah tersebut dibina sama ada untuk disewa atau telah dimiliki oleh seseorang.
No comments:
Post a Comment