Namun perkara itu tidak berlaku bagi segelintir penduduk di Donetsk, timur Ukraine apabila mereka bukan sahaja bersuka-ria di luar rumah, malah berenang di dalam air yang sejuk pada setiap hujung minggu menandakan bermulanya musim ke-11 acara berenang di dalam ais.
Menurut laporan portal berita Mail Online, lebih mengagumkan, beberapa ahli politik dari Majlis Kebangsaan Republik Rakyat Donetsk tidak segan silu untuk menyertai acara aneh berkenaan.
Jelas Mail Online, aktiviti terbabit diadakan pada setiap tahun bagi memberi peluang kepada perenang yang berani untuk berenang dalam air bersuhu sekitar 2 sehingga 4 darjah Celcius di bawah paras beku.
“Mereka menganggap acara berenang dalam air yang sejuk bagus untuk peredaran darah selain melegakan kesakitan otot dan masalah pernafasan,” tambah laporan itu.