Lee Harvey |
Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa berjaya menahan suspek utama, iaitu seorang pemuda berusia 24 tahun dikenali sebagai Lee Harvey Oswald.
Menurut versi AS, Oswald adalah seorang bekas anggota Marin yang berpaling tadah kepada Kesatuan Soviet (kini Rusia) pada 1959.
Ketika disoal siasat, Oswald menafikan pembunuhan tersebut sebaliknya berulang kali menyatakan bahawa dia sebenarnya dijadikan kambing hitam.
Dua hari selepas diberkas polis, Oswald ditembak mati oleh pemilik kelab malam, Jack Ruby.
Insiden tersebut disiarkan secara langsung di seluruh AS kerana ia berlaku ketika pihak berkuasa sedang dalam proses untuk memindahkan Oswald dari ibu pejabat polis Dallas ke penjara berdekatan yang dihadiri orang awam dan media.
Mangsa konspirasi?
Sehingga kini, kebanyakan rakyat AS percaya Oswald tidak bersalah malah percaya dia sebenarnya dijadikan kambing hitam pihak tertentu termasuk Israel dan Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Bagaimanapun siasatan oleh pihak berkuasa dan Suruhanjaya Warren yang ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu menyatakan perkara sebaliknya.
Mereka mengeluarkan hujah bahawa Oswald bertindak sendirian tanpa melibatkan pihak ketiga.
“Kebanyakan orang tidak percaya dengan cerita rasmi. Bagaimanapun bukti tidak mencukupi untuk menyokong perkara lain,” kata Gary Mack, kurator di The Sixth Floor Museum di Dallas, Texas.
Sementara itu, seorang sarjana dan pengkaji pembunuhan, Josiah Thompson yang juga merupakan pengarang buku, Six Seconds in Dallas yang mengisahkan pembunuhan Kennedy, menyimpulkan penyiasatan pembunuhan tersebut sebagai yang terburuk dalam sejarah AS moden.
“Presiden AS ditembak, pada waktu tengah hari, di dataran awam, dengan saksi antara 400 hingga 500 orang, mungkin sekurang-kurangnya 38 orang daripada mereka mengambil foto dan video.
"Kini, selepas beberapa dekad, kita masih tidak tahu apa yang berlaku,” katanya dalam satu dokumentari pada tahun 2007 berjudul Oswald Ghost.
Teori Israel
Sebuah sumber Israel memberitahu kepada WorldNetDaily, perisik Israel telah melakukan satu tugas untuk memperlihatkan bagaimana Lee Harvey Oswald mampu membunuh JFK dari posisinya di tingkat enam sebuah gedung yang dekat dengan para pengiring JFK di Dallas.
Namun, sebuah simulasi lain pula menunjukkan, bahawa si penembak JFK yang sebenarnya telah menggunakan peralatan yang sangat canggih, ia dipasangkan pada sebuah tripod.
Sumber tersebut mengatakan, mustahil bagi Oswald untuk melakukan tembakan seperti yang dituduh ke atasnya.
Keranda dilelong
Sebuah keranda yang pernah menempatkan mayat Oswald mulai dilelong kepada orang ramai di Rumah Lelongan Nate D Sanders.
Difahamkan, harga pembukaan untuk lelongan itu ialah AS$1,000 (RM3,100).
Keranda yang diperbuat daripada kayu pine itu rosak akibat terkena air selepas 18 tahun diletakkan di bawah tanah sebelum kubur Oswald digali semula pada 4 Oktober 1981.
Sebelum ini terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa terdapat mayat ejen Kesatuan Soviet (kini yang mempunyai wajah sepertinya dikebumikan dalam kubur Oswald.
Namun, mayat yang digali semula itu disahkan Oswald yang kemudiannya diletakkan ke dalam keranda lain.
No comments:
Post a Comment