Objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai keris berwarna emas di dalamnya ditemui di Manggarai, Nusa Tenggara Timur.
MANGGARAI, Nusa Tenggara
Timur - Penduduk Kampung
Redong, Langke Rembong
di sini digemparkan dengan
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika
putih berbentuk bujur yang
mempunyai keris kecil
berwarna emas di dalamnya.
Hasil tinjauan portral
VIVAnews, keris itu berukuran
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram.
Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur
itu dijumpai anak keduanya,
Nino yang berusia lapan tahun
dan anak saudaranya Soni, 15,
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya
pada 4 Disember lalu.
“Ketika menggali pada
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan
terkena objek yang mulanya
disangka batu.
“Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna
putih pucat dan di tengahnya
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining.
Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.
Menurutnya, dia tidak
didatangi tanda-tanda aneh
mahupun bermimpi sebelum
batu bujur itu ditemukan.
“Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan
penemuan objek itu,’’ katanya
sambil menambah, dia dan
suaminya tidak akan menjual
objek aneh tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula
mengunjungi kediaman
Mining bagi melihat objek
aneh itu.
No comments:
Post a Comment