Portal berita Mail Online melaporkan jurugambar itu, Barry Bland dari St. Albans, Hertfordshire berkata, dia sebelum ini hanya melihat obor-obor itu di kalender majalah National Geographic dan memasang keinginan untuk mengambil gambar haiwan tersebut.
“Jadi, ketika berada di Lautan Miditerranean, saya memberi tumpuan khas untuk mencari obor-obor tersebut,’’ katanya.
Bland berkata, obor-obor yang mempunyai warna menarik itu dengan bebola berwarna biru boleh dilihat bertukar bentuk seperti sebuah lampu hiasan dan kuning telur ketika haiwan itu berenang.
“Gambar saya menyaksikan obor-obor ini berenang-renang dalam kalangan kawanan ikan,’’ katanya.
Habitat obor-obor kuning telur itu boleh ditemui di Laut Mediterranean, selain di Laut Agean dan Adratic.
Obor-obor kuning telur dianggap lebih selamat berbanding jenis obor-obor lain ekoran sengatnya tidak memberi kesan kepada manusia.