STOCKHOLM – Dua anggota polis yang menyiasat satu panggilan kecemasan yang dibuat oleh seorang budak lelaki akhirnya membantu kanak-kanak tersebut membuat kerja sekolah.
Budak lelaki berusia 11 tahun itu tinggal seorang diri di sebuah rumah di bandar ini selepas ibu bapanya keluar bekerja sebelum terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
Bimbang rumahnya dimasuki pencuri, budak itu telah menghubungi pihak polis yang kemudian menghantar dua anggota untuk menyiasat aduan berkenaan.
Bagaimanapun, selepas mendapati keadaan di rumah itu selamat, dua anggota polis berkenaan mengambil keputusan menemani budak tersebut kerana bimbang dengan keselamatannya.
Gambar dua anggota polis itu yang sedang membantu kanak-kanak berkenaan membuat kerja sekolah kemudiannya telah dimuat naik di laman Twitter jabatan polis bandar tersebut.
Gambar berkenaan dikongsi ramai pengguna dan turut menerima pujian orang ramai yang terharu dengan keprihatinan kedua-dua pegawai polis tersebut. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3H0aeMhUY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment