Pages

Sunday, September 14, 2014

Isteri selamatkan suami terjatuh gaung


Faith berjaya memegang tangan suaminya Peter yang hilang imbangan badan ketika memperbaharui ikrar perkahwinan mereka di Gunung Atalay, Santa Fe, New Mexico. - AGENSI
NEW MEXICO 13 Sept. - Seorang wanita bertindak tangkas menarik suaminya yang hilang imbangan badan daripada terjatuh ke dalam gaung ketika suaminya sedang membaca ikrar perkahwinan mereka di tepi sebuah tebing gunung.
Mail Online melaporkan ketika kejadian Peter Bolton sedang membaca ikrar perkahwinannya berupa sajak karya Walt Whitman bertajuk Leaves of Grass di Gunung Atalay, Santa Fe, di sini apabila dia tiba-tiba hilang imbangan badan dengan tangannya terkapai-kapai di udara sambil menjerit meminta bantuan.
Isterinya, Faith yang kebetulan berada di sisinya ketika itu bertindak pantas memegang tangan Bolton dan menariknya daripada terjatuh ke dalam gaung.
Ketangkasan Faith itu berjaya menyelamatkan nyawa suaminya, sekali gus mengelak saat gembira mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.
Pasangan itu berkahwin pada 22 Ogos 2009.
Kejadian itu berlaku pada bulan lalu sempena ulang tahun kelima perkahwinan pasangan itu yang turut dihadiri beberapa rakan terdekat.
Saat-saat mencemaskan itu berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Bolton yang bertindak memuat naik ke dalam laman sosial.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_07/Isteri-selamatkan-suami-terjatuh-gaung#ixzz3DG4GEZSa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: