|
WASHINGTON - Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa memenggal kepala seorang sukarelawan dari Britain, David Haines yang menjadi mangsa ketiga dalam tempoh beberapa minggu selepas dua orang wartawan warga Amerika Syarikat (AS) dibunuh.
IS melalui satu rakaman video yang disiarkan dalam laman web kumpulan militan itu menunjukkan seorang anggota militan bertopeng sedang memenggal kepala Hianes.
Video berdurasi selama dua minit 27 saat bertajuk A Message to the Allies of America telah menyalahkan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang bergabung tenaga dengan AS untuk melancarkan serangan udara terhadap IS di Iraq.
"Anda menghantar sukarelawan ke negara Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Tony Blair sehingga menjadi ikutan setiap Perdana Menteri Britain yang tidak berani membantah kehendak AS," kata seorang anggota militan dalam rakaman video itu.
Anggota militan itu yang dipercayai individu yang sama dalam rakaman video sebelum ini memberitahu Britain bahawa kerjasama antara negara itu dengan AS akan menyebabkan kemusnahan yang turut melibatkan kematian rakyat Britain.
Anggota militan itu turut mengancam akan membunuh seorang lagi tahanan British.
Mangsa penculikan warga Britain itu melalui rakaman video sebelum ini telah diberi ancaman oleh kumpulan IS yang akan memenggal kepalanya seperti yang dilakukan terhadap seorang wartawan AS, Steven Sotloff.
Haines bekerja untuk Agensi Kerjasama Teknikal dan Pembangunan (ACTED), iaitu sebuah badan amal bantuan antarabangsa yang terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan Balkan, Afrika serta beberapa kawasan lain di Asia Barat.
Sebelum ini, dua orang wartawan warga AS, Sotloff telah didakwa mati dipenggal pada 19 Ogos lalu diikuti James Foley dua minggu kemudian yang turut menerima nasib yang sama pada 2 September lalu selepas diculik di Syria.
Tindakan itu dilakukan selepas AS mula melancarkan serangan udara dan misi kemanusiaan pada Ogos lalu untuk membantu menghapuskan pasukan keselamatan Iraq dan puak Kurdish di utara Iraq. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3DKuj67jX
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment