Pages

Monday, July 28, 2014

Pejic puas menjadi wanita


Andrej Pejic

Sydney: Selepas sekian lama ‘menderita’ dan memendam rasa model Australia berdarah campuran Bosnia - Croatia, Andrej Pejic menjalani pembedahan jantina untuk menjadi wanita.

Pejic yang lahir sebagai lelaki di Bosnia menjadi tersohor pada 2010 selepas dirakam menggayakan pakaian wanita rekaan Carine Roitfeld untuk majalah Vogue edisi Perancis.

Menceritakan pengalamannya, Pejic berkata, dia mula melalui fasa seorang perempuan seawal usianya 13 tahun.



“Saya ke perpustakaan dan menaip carian menukar jantina di Google.

“Sedetik kemudian hidup saya berubah,” katanya.

Kini disahkan undang-undang membawa nama Andrej Pejic, dia berkata keluarganya memberi sokongan penuh terhadap apa yang dilakukan.

Malah, katanya, sokongan itu bermula sejak dia memasuki sekolah menengah di Broadmeadows di pinggir Melbourne.


Ketika berusia 17 tahun Pejic mula mendapat kontrak menggayakan pakaian wanita dan lelaki daripada syarikat antarabangsa.

Ketika itu, katanya, rancangan menukar jantina mula dirangka dengan teliti.

“Saya rasa sejak remaja saya memutuskan untuk menzahirkan kewanitaan saya dengan lebih terbuka.

“Saya suka dengan penampilan saya tetapi pembedahan menukar jantina seolah-olah bahagian akhir dalam hidup, atau seperti meletakkan hiasan pada sebiji kek,” katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

No comments: