Pages

Thursday, July 10, 2014

Ketumbuhan terbesar di dunia dibuang


Jianbin berehat di atas katil hospital di Beijing sebelum menjalani pembedahan. - AGENSI
BEIJING 9 Julai - Pakar bedah di China, di sini semalam berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai terbesar di dunia seberat kira-kira 110 kilogram yang tumbuh pada kaki seorang lelaki sejak 28 tahun lalu.
Yang Jianbin, 37, berasal dari wilayah Shanxi, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna hitam pada bahagian belakang kaki sebelah kanan dan menyedari ketumbuhan itu mula membesar sejak umur sembilan tahun.
Pasukan perubatan menilai perkembangan semasa Yang Jianbin selepas menjalani pembedahan selama 16 jam untuk membuang ketumbuhan pada kakinya. - AGENSI
Mail Online melaporkan, pada usia 12 tahun, ketumbuhan itu menjadi saiz sebesar penumbuk dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bagaimanapun, ketumbuhan terbabit kembali membesar sehingga mencapai berat 100 kilogram dan sebesar 1.2 meter.
Ketua pembedahan, Chen Minliang berkata, Jianbin menderita ketumbuhan jenis Neurofibromatosis iaitu penyakit genetik yang mengganggu pertumbuhan fizikal dan perkembangan sel tisu pesakit.
"Kami pernah melihat pesakit Neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ketumbuhan dialami Jianbin merupakan yang terbesar pernah berlaku.
"Operasi pembedahan membuang tumor itu melibatkan sembilan pakar bedah dan mengambil masa kira-kira 16 jam selain menggunakan 5,000 milimeter darah," katanya.
Kini Jianbin diberi rehat sepenuhnya untuk pulih dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada hujung bulan ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_11/Ketumbuhan-terbesar-di-dunia-dibuang#ixzz370wGM1Vo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: