CHEYENNE, Wyoming - Seorang juruterbang pesawat syarikat Frontier Airlines, Gerhard Bradner membeli piza untuk dimakan para penumpang yang terperangkap selama beberapa jam disebabkan ribut.
Pengurus Domino's Pizza, Cheyenne, Andrew Ritchie memberitahu agensi berita The Associated Press, Bradner menghubunginya pada pukul 10 malam waktu tempatan untuk membeli 35 kotak piza.
Ritchie berkata, Bardner mahu memberikan makanan kepada 160 orang penumpang yang terperangkap di dalam pesawat tersebut di sebuah lapangan terbang di sini.
Para penumpang itu terpaksa menunggu beberapa jam di dalam pesawat kerana ribut berlaku di laluan penerbangan pesawat berkenaan ke Denver.
Ritchie berkata, Bardner mahu piza itu dihantar dengan segera.
Menurutnya, dia kemudian memanggil beberapa kakitangannya untuk menghasilkan piza tersebut.
Stesen televisyen KUSA-TV melaporkan, pesawat yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dari Washington D.C itu kemudian berlepas pada pukul 10.30 malam sejurus piza tersebut tiba untuk dimakan para penumpang. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz376rTSTk9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment