Pages

Wednesday, June 11, 2014

RM2.4j untuk sekali ceramah


Washington: Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Hillary Clinton mengaku keluarganya berdepan dengan masalah kewangan selepas Bill Clinton tidak lagi menjadi presiden.

Bagaimanapun, keadaan kewangan mereka pulih selepas kerap dijemput berceramah dengan bayaran yang lumayan.


Hillary memberitahu demikian dalam wawancara dengan Diane Sawyer menerusi stesen televisyen ABC untuk mempromosi buku barunya ‘Hard Choices.’

Beliau yang juga bekas Setiausaha Luar Amerika Syarikat berkata, keluarganya bukan saja kehabisan simpanan tetapi juga berdepan dengan hutang selepas meninggalkan Rumah Putih pada 2001.


“Kami bukan setakat bankrap tetapi juga berhutang. Kami tidak memiliki wang ketika memasuki Rumah Putih. Kami berjuang, mengumpul wang untuk membeli rumah dan membiayai pelajaran anak,” katanya.


Untuk mengatasi masalah kewangan mereka, Bill dan Hillary memenuhi jemputan ceramah. Bayarannya cukup menakjubkan.

Untuk sekali ceramah, Hillary dibayar sehingga AS$200,000 (RM641,000).

Nilai suara Bill pula lebih tinggi, mencecah sehingga AS$750,000 (RM2.4 juta) untuk satu sesi.

“Kami bekerja keras kerana pertama, terpaksa membayar hutang dan kedua, membeli rumah serta mengurus keluarga,” kata Hillary.

Menurut CNN, sejak meninggalkan Rumah Putih, wang hasil ceramah yang diperoleh Bill Clinton mencecah AS$106 juta (RM340 juta). Pada 2012 saja, bayaran untuk 72 ceramahnya berjumlah AS$17 juta (RM55 juta).

Harta kekayaan keluarga itu kini dianggar antara AS$100 juta (RM321 juta) hingga AS$200 juta (RM642 juta). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

No comments: