AKSI berani mati seorang pemandu wanita yang membaca sambil memandu kereta di salah sebuah laluan paling sibuk di Britain dikecam banyak pihak.
Menurut Daily Mail, wanita tersebut dilihat bersendirian memandu kereta jenis Nissan Micra pada kelajuan 113 kilometer sejam di Leicestershie sambil khusyuk membaca buku yang diletakkan pada stereng pada minggu lalu.
Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Stonham turut mengambil gambar pemandu itu menggunakan telefon bimbitnya.
"Tindakan wanita itu sememangnya di luar jangkaan kerana kebiasaannya, saya melihat orang makan atau mengenakan alat solek sambil memandu. Perbuatannya tidak dapat diterima dan tanpa disedarinya boleh membawa maut," katanya.
Susulan daripada insiden tersebut, kempen keselamatan jalan raya bertindak menggesa pihak berkuasa mengenakan denda lebih tinggi terhadap mana-mana pemandu yang melakukan pelbagai perkara pada suatu masa.

No comments:
Post a Comment