SHENYANG, China - Seorang remaja, Hang Hang, 20, telah dibawa keluar dari pangsapurinya oleh sembilan anggota bomba selepas dia tidak keluar rumah selama tiga tahun disebabkan masalah berat badan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Hang Hang yang tinggal di sebuah pangsapuri di Shenyang di sini memiliki berat badan mencecah 247.66 kilogram (kg) telah diletakkan di atas sarung tilam dan diangkat oleh sembilan anggota bomba baru-baru ini.
Remaja itu yang sangat menyukai makanan mengandungi kandungan gula yang tinggi sebagai menu harian berasa sangat gembira selepas dibawa keluar dari rumah.
Dia dapat menikmati udara segar untuk kali pertama selepas 36 bulan berada di dalam rumah.
Usaha-usaha untuk membawa remaja itu keluar telah diusahakan oleh sebuah akhbar tempatan melalui kempen khas bagi membantu Hang Hang menikmati udara segar.
Menurut ibunya yang memberitahu media China, anaknya memiliki berat badan seberat 146kg semasa berusia 17 tahun.
"Setiap kali waktu makan, dia mampu menghabiskan 10 keping penkek dan satu mangkuk besar bubur sayur-sayuran.
Pada bulan lalu, seorang lelaki dari Mexico yang pernah diisytiharkan tergemuk di dunia meninggal dunia akibat masalah jantung pada usia 48 tahun.
Lelaki itu, Manuel Uribe memiliki berat badan sehingga 552.47kg. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz352LZlwfS
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment