Pages

Tuesday, June 17, 2014

Bayi 18 bulan nyaris disembelih abang



Riyadh: Seorang bayi berusia 18 bulan nyaris disembelih oleh abangnya.

Si abang yang berusia tiga tahun sebelum itu menemani bapanya ke pusat penyembelihan biri-biri di daerah Naseem di Riyadh dan menyaksikan cara haiwan itu disembelih.


Menurut akhbar Sabq, apabila pulang, dia mahu melakukan proses sama terhadap adiknya, Shawq.

Dia mengambil pisau di dapur dan cuba menyembelih adiknya.


Mujur kejadian itu disedari ibu bapa mereka yang membawa mangsa ke hospital.


Menurut si bapa, keluarganya didatangi tetamu dan dia keluar ke pusat penyembelihan untuk membeli daging biri-biri bagi meraikan mereka, membawa bersama anak lelakinya.

“Apabila pulang, kami terkejut melihat dia menyerang adiknya, menikamnya di dada dan leher. Dia meniru apa yang dilihatnya di pusat penyembelihan itu. “Darah keluar dengan banyak hingga menyebabkan kami cemas. Mujur saya sempat membawa Shawq ke hospital,” kata bapa kedua-dua kanak-kanak itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17

No comments: