Pages

Friday, March 7, 2014

Remaja cipta reaktor


Saintis remaja Jamie Edwards, 13, membina reaktor itu bermula dengan bahan paling asas dengan bantuan sekolahnya dalam usaha mengejar masa bagi merampas gelaran ‘fusioneer’ termuda dunia dicipta remaja Amerika, Taylor Wilson pada 2008 ketika berusia 14 tahun. 
Jamie yang menyambut ulang tahun ke-14 Ahad ini mula membina reaktor berkenaan Oktober lalu di sebuah makmal sains yang tidak digunakan di Akademi Priory dan melengkapkan tugasnya pagi tadi apabila membuatkan dua atom hidrogen bergabung bagi membentuk helium iaitu peleburan nuklear.

Pakar muda itu berkata: “Memang pencapaian ini menakjubkan, saya sendiri tidak percaya mampu melakukannya.
Foto
EDWARDS menunjukkan hasil ciptaannya.

“Ramai kawan menganggap saya gila,” katanya berseloroh.

Edwards meminati bidang sains sejak kecil lagi malah dulu amat gemar membuat kerja rumah sains abangnya, Danny. 

“Pada satu hari saya membaca mengenai radiasi di Internet dan ternampak artikel mengenai Taylor Wilson dan reaktor dibinanya. 

“Saya menganggapnya menakjubkan dan terus berminat mencubanya,” katanya. 

Edwards dan rakannya George Barker yang membantu dari sudut pentadbiran mula mencipta reaktor peleburan neuklear itu dengan menghubungi pakar fizik lain. 

Edwards mengakui menghadapi kesukaran mengumpul dana untuk projek itu. 

“Saya pergi ke pelbagai makmal dan universiti nuklear namun mereka tidak memandang serius terhadap saya,” katanya. 

Dia kemudian menemui pengetua sekolahnya Jim Hourigan Oktober lalu. 

“Saya terpaksa membuat pembentangan dan meyakinkannya mengenai keselamatan, manfaat reaktor itu dan segala pro serta kontra yang mungkin berlaku akibatnya. 

“Saya memerlukan £2,000 (RM10,900) dan dia bersetuju menyediakan wang itu selain memasukkan £1,000 (RM5,454) dalam dana berasingan bagi membolehkan saya dan orang lain meneruskan usaha dimulakan saya kerana saya ingin melihatnya menjadi lebih cekap tenaga,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07

No comments: