MOJOKERTO, Jawa Timur - Seekor lembu milik seorang penduduk di Desa Wonodadi, di sini menarik perhatian orang ramai apabila haiwan itu berjalan seperti kanggaru kerana hanya mempunyai dua kaki sejak dilahirkan.
Pemiliknya, Paisan, 70, berkata, ketika dilahirkan, lembu tersebut tidak mampu berjalan kerana dilahirkan cacat dengan memiliki dua kaki sahaja.
Katanya, selepas empat hari, lembu betina itu mula menunjukkan keunikan apabila mampu berjalan seperti kanggaru walaupun tidak sempurna.
"Cara lembu tersebut melompat seperti kanggaru menarik perhatian ramai penduduk kampung yang tidak putus-putus datang ke rumah saya untuk melihat aksi haiwan itu.
"Malah ada antara mereka menganggap lembu yang dilahirkan dengan dua kaki merupakan kejadian luar biasa dan membawa keberkatan kepada saya," katanya kepada tribunnews.com.
Walaupun lembunya cacat, Paisan tetap mahu menjual haiwan itu dengan harga 10 juta rupiah (RM2,899) jika ada pembeli yang berminat.
Sebelum ini, Indonesia pernah digemparkan dengan dua ekor lembu yang berjalan seperti kanggaru iaitu anak lembu milik Pak Madyo dari Yogyakarta dan anak lembu milik Solikin dari Banyuwangi, Jawa Timur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140329/lu_07/Lembu-berjalan-berkaki-dua#ixzz2xLZpUs1G
© Utusan Melayu (M) Bhd
3 comments:
penyokong dan pencacai umno di Malaysia sama dgn lembu berkaki dua
jangan nak samakan lembu dengan umno..tak baik tau..kalu nak komen tu agak agak la..jangan cuba menjatuhkan martabat lembu dengan umno kerana lembu lebih mulia dari umno dan pencacaiii!!
X baik ckp camtu psal lembu jual pun ade harga walau pun bengap
Post a Comment