CHESTER — Seorang petani di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menghasilkan lakaran dua wajah ahli politik tempatan di ladang jagung miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lukisan tersebut sempena kempen pilihan raya untuk memilih Gabenor New Jersey.
Petani itu, Dale Davis menanam jagung pada corak batas yang berbentuk wajah calon Parti Republikan, Chris Christie dan pencabarnya, Barbara Buono daripada Parti Demokratik.
Davis menanam jagung berkenaan di Ladang Stony Hill miliknya di sini pada Jun lalu.
Menurut peladang tersebut, dia berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian orang ramai.
“Lakaran wajah pada ladang jagung ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini. Mereka akan dikenakan sedikit bayaran,” kata Davis.
“Pilihan raya gabenor akan berlangsung pada 5 November depan,” tambahnya. – AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ck79HN1c
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment