Pages

Thursday, August 22, 2013

Lagi bunga bangkai mekar



ORANG ramai mengabadikan detik Titan Arum atau bunga bangkai mekar kelmarin.- AP


PITTSBURGH - Sosej peram, lampin kotor, sampah, sayuran reput dan daging mereput.
Itu antara perbandingan yang dibuat oleh beratus-ratus pelawat tentang bau bunga bangkai yang mekar malam kelmarin di Balai Cerap dan Taman Botani Phipps di sini dalam negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat.
"Bunga ini juga berbau seperti seekor rusa yang sudah mati selama 10 hari," kata seorang pengunjung lelaki berusia 30 tahun, Vincent Salvino.
Selain bunga bangkai, tumbuhan itu juga dikenali sebagai Titan Arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus titanum.
Bunga gergasi itu hanya mekar sekali selama 48 jam dalam tempoh 10 tahun.
Apabila ia mekar sepenuhnya, spesies tumbuhan yang berasal dari Indonesia itu menarik kehadiran lalat dan pelbagai jenis kumbang untuk membantu proses pendebungaan.
"Kami pernah menghubungi taman botani lain. Bunga ini bukan sahaja dikerumuni lalat, malah ramai pengunjung hadir untuk menyaksikan ia mekar," kata pengarah bahagian pemasaran dan komunikasi taman berkenaan, Liz Fetchin.
Menurutnya, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk melihat bunga gergasi setinggi sekitar dua meter itu tetapi tempat adalah terhad.
Sebelum ini, sepasang bunga bangkai mekar setiap satu di Taman Botani Amerika Syarikat di Washington dan Brussels pada 20 Julai serta 7 Julai lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ceOdZVhO 
Hakcipta terpelihara 

No comments: