Pages

Saturday, June 8, 2013

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes
Alwaleed
RIYADH - Seorang Putera Arab Saudi, menyaman majalah antarabangsa Forbes, kerana kesalahan menyiarkan maklumat palsu mengenai jumlah kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion) berbanding jumlah sebenar iaitu AS$30 bilion (RM93 bilion).

Menurut laporan MailOnline, Putera Alwaleed Talal yang juga salah seorang ahli perniagaan terkaya dunia, mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkannya di tangga ke-26 dalam senarai Forbes 2013.

Menurut Alwaleed, jika Forbes mengambil kira jumlah sebenar, kedudukannya akan berubah dalam senarai 10 teratas.

Majalah Forbes turut didakwa melakukan pengiraan tidak tepat sekali gus memaparkan sifat berat sebelah terhadap pelaburan dan institusi kewangan Timur Tengah.

Tiga kakitangan Forbes melibatkan penerbit majalah, Randall Lane dan dua wartawannya disenaraikan sebagai defendan dan kes didaftarkan di Mahkamah Tinggi, London, Britain. 

1 comment:

Anonymous said...

Pergggggggg.... ada juga manusia macam ni di dunia ni... padahal dia datang ke dunia berbogel je... nak masuk kubur pun cuma dengan kain kapan je.