Pages

Monday, May 20, 2013

Wanita Arab Saudi pertama takluki Everest



RAHA MOHARRAK (empat dari kiri) bersama beberapa 
pendaki lain mengibarkan bendera Arab Saudi sebelum memulakan pendakian.- Agensi


KATHMANDU - Seorang graduan universiti berusia 25 tahun menjadi wanita Arab Saudi pertama yang menakluki Gunung Everest, kata pihak berkuasa Nepal kelmarin.
Raha Moharrak tiba di puncak Everest sekitar pukul 8 pagi kelmarin, kata pegawai Jabatan Pendakian Gunung Nepal, Tilak Pandey.
Raha menganggotai kumpulan ekspedisi seramai empat pendaki termasuk seorang warga Qatar dan Palestin yang cuba menakluki gunung tertinggi di dunia itu.
Kumpulan tersebut, Arabs with Attitude, menyiarkan mesej di laman Twitternya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan Raha.
"Wanita Arab Saudi pertama yang mendaki Gunung Everest telah tiba di puncak!! Hebat Raha Moharrak. Kami tabik anda," kata kenyataan tersebut.
Raha juga merupakan warga Arab Saudi paling muda yang sampai ke puncak dunia itu.
Mereka melakukan pendakian tersebut dalam usaha mengutip dana AS$1 juta (RM3 juta) untuk mengisi tabung pendidikan di Nepal.
Secara keseluruhan, seramai 35 warga asing dan 29 rakyat Nepal mendaki Gunung Everest pada minggu lalu.
Mei merupakan bulan pendakian paling sibuk kerana disifatkan waktu terbaik untuk mendaki gunung tersebut berbanding bulan-bulan lain.
Lebih 3,000 orang telah mendaki Gunung Everest sejak ia dibuka kepada dunia pada 1953 manakala beratus-ratus orang turut hilang nyawa dalam usaha menaklukinya.- dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TmJVfguo 
Hakcipta terpelihara 

No comments: