Pages

Tuesday, May 7, 2013

Sumbu badak bernilai AS$365,000 dirampas




GAMBAR fail 22 November 2012 menunjukkan bangkai seekor badak sumbu yang ditembak pemburu haram di Tantanana, Afrika Selatan.


HANOI - Lebih tujuh kilogram sumbu badak telah dirampas oleh pihak kastam Vietnam, lapor media negara itu semalam.
Akhbar Phap Luat melaporkan, dua sumbu tersebut dipercayai diseludup dari Afrika dan dianggarkan bernilai sekitar AS$365,000 (RM1.08 juta).
Ia ditemui di dalam bagasi seorang penumpang lelaki yang tiba di Bandar Raya Ho Chi Minh selepas menaiki penerbangan dari Doha kelmarin.
Menurut laporan tersebut, penumpang tempatan itu kini ditahan polis untuk membantu siasatan.
Pemburuan haram badak sumbu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan sumbu haiwan itu di Asia terutama Vietnam.
Penduduk di negara ini percaya bahawa sumbu badak dapat mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
Serbuk sumbu badak dijual pada harga mencecah AS$5,000 (RM14,865) untuk seratus gram di pasaran gelap di Vietnam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SYN0XSRd 
Hakcipta terpelihara 

No comments: