Pages

Tuesday, December 17, 2013

Majlis perkahwinan anak saudara bilionair

BEHL tiba dengan menaiki kuda pada majlis perkahwinan tersebut.- YOUTUBE


LONDON - Seorang anak saudara perempuan kepada bilionair terkenal India, Lakshmi Mittal berkahwin dalam majlis perkahwinan yang melibatkan kos £50 juta (RM263.26 juta) di Barcelona, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.
Anak saudara perempuan Lakshmi itu, Shristi Mittal, 26, mendirikan rumah tangga dengan Gulraj Behl yang merupakan seorang pelabur bank dalam majlis perkahwinan yang menyebabkan sebuah muzium di Barcelona ditutup baru-baru ini.
Seramai 200 pelayan terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut.
Pengantin lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di lokasi majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kuda.
Shristi merupakan anak perempuan kepada adik Lakshmi iaitu Pramod yang juga terlibat dalam perniagaan besi.
Lakshmi merupakan seorang ahli perniagaan besi yang nilai kekayaannya dianggarkan £42.2 bilion (RM223.09 bilion) pada tahun 2008.
Dia juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ArcelorMittal iaitu syarikat perniagaan besi terbesar di dunia.
Lakshmi juga memegang kepentingan 34 peratus dalam kelab bola sepak Queens Park Rangers.
Keluarga Lakshmi turut menyewa sebuah helikopter untuk melihat pemandangan di Barcelona.
Cef-cef dilaporkan diterbangkan khas dari India dan Thailand untuk melayani 500 tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.
Kek majlis perkahwinan itu pula dianggarkan seberat 60 kilogram.
Majlis tersebut berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu dengan majlis perkahwinan mengandungi unsur-unsur Barat dan Hindu.
Pada hari terakhir, Muzium Seni Catalan Kebangsaan ditutup kerana ia merupakan lokasi majlis perkahwinan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ng5eFIRG 
Hakcipta terpelihara 

No comments: