14 Disember 2013
SEORANG nenek berusia 82 tahun dari Bogota, Colombia yang mengalami sakit perut kerana dianggap berpunca daripada bakteria, terkejut selepas mendapati terdapat janin berusia 40 tahun di dalam perutnya itu.
Kes dikenali sebagai lithopedion atau bayi batu terjadi apabila anak di dalam kandungan terbentuk di luar rahim.
Menurut Dr Kemer Ramirez dari Hospital Tunjueliti Bogota, semasa diperiksa, beliau menyedari terdapat sesuatu yang tidak normal pada abdomennya.
"Ia berlaku kerana janin tidak berkembang di dalam uterus, sebaliknya berpindah ke tempat lain, dalam kes ini bahagian perut pesakit mungkin tidak sesuai untuk perkembangan janin, dan badan bertindak
menghasilkan mekanisme pertahanan yang menyebabkan ia kekal di dalam tubuh badan," katanya pada laporan Mail Online.
Wanita itu akan menjalani pembedahan bagi membuang janin tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada tisu mati.
No comments:
Post a Comment