Pages

Tuesday, August 6, 2013

Mekah edar 1.3 juta pek makanan


Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer (kiri), menyampaikan pek makanan berbuka puasa kepada seorang jemaah di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi, baru-baru ini. - Agensi
JEDDAH 5 Ogos - Lebih 1,300 pekerja sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan makanan di atas pelapik plastik sepanjang empat kilometer di sekitar Masjidilharam di sini.
Pelapik plastik itu sentiasa penuh dengan minuman kopi dan kurma untuk diberikan kepada jemaah dari dalam dan luar negara sebagai juadah berbuka puasa.
Pihak pengurusan masjid itu juga turut menyediakan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diedarkan di dalam 1.9 juta kotak bersama kopi.
Imam dan pendakwah Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al- Taleb berkata, pihaknya menyediakan 1.3 juta pek makanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini dan jika disusun, makanan tersebut akan membentuk barisan sepanjang 129 kilometer.
Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer berkata, ahli persatuannya adalah kumpulan pertama yang memberi perkhidmatan kepada lebih 15 juta jemaah masjid setiap tahun. - AGENSI

No comments: