Pages

Monday, August 26, 2013

Larian lembu jantan berlangsung di AS



SEORANG lelaki pengsan dipijak lembu dalam acara larian lembu jantan di Petersburg, Virginia kelmarin.


PETERSBURG, Virginia - Satu acara larian lembu jantan yang diilhamkan daripada festival tradisional Sepanyol diadakan buat pertama kali di Amerika Syarikat (AS).
Acara berkenaan berlangsung kelmarin di sebuah trek perlumbaan di negeri Virginia.
Pihak penganjur menyatakan, sekitar 12,000 orang termasuk penonton memeriahkan acara tersebut dengan satu kecederaan ringan berlaku pada larian terakhir.
Festival berkenaan mendapat inspirasi daripada larian lembu jantan yang diadakan pada setiap tahun di Pamplona, Sepanyol.
Sebahagian aktivis mengkritik kekejaman ke atas haiwan itu semasa larian lembu diadakan di Sepanyol.
"Saya menghadiri larian lembu di Virginia bagi memastikan tiada kekejaman dilakukan ke atas haiwan berkenaan," kata pegawai pertubuhan Masyarakat Penyayang AS, Wayne Pacelle.
Larian lembu jantan tersebut akan berpindah ke beberapa negeri lain di AS seperti Texas, Florida, California, Minnesota, Illinois dan Pennsylvania. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2d4JcBXge 
Hakcipta terpelihara 

No comments: