KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 19 OGOS 2013:
KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA
SATU HARI, NABI IBRAHIM A.S DATANG ke rumah anaknya Nabi Ismail a.s... Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah... Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail.... Baginda bertanya kepada perempuan itu tentang Nabi Ismail... Perempuan itu memberitahu bahawa Nabi Ismail keluar memburu... Apabila ditanya tentang suasana kehidupan mereka, maka perempuan itu menjawab : " KAMI HIDUP SUSAH DAN KESEMPITAN".... Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?"... Jawab perempuan tadi : "Kami tidak mempunyai tetamu, dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidak memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu, berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu... Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "KHABARKAN KEPADA SUAMIMU BAHAWA ADA SEORANG TUA DATANG, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa ORANG TUA TERSEBUT TIDAK MENYUKAI ALANG PINTU RUMAH INI... MINTA DITUKAR SEGERA.".....
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya.... Nabi Ismail lantas bersuara, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata DIA TIDAK SENANG DENGAN PERILAKU KAMU.... Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."...
Tidak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim datang berziarah.... ketika Nabi Ismail juga tiada di rumah, dan hanya tinggal isterinya sahaja.... Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua, lalu perempuan itu menjawab : "KAMI BERADA DALAM KEADAAN BAIK DAN BAHAGIA"... SAMBIL ITU DIA MEMUJI-MUJI ALLAH... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya, meminta diri, lalu berkata, "SAMPAIKAN SALAMKU PADA SUAMIMU, dan khabarkanlah padanya seorang tua yang begini dan begini telah datang melawatnya.... Dan khabarkan padanya bahawa ALANG PINTU RUMAHNYA INI SEDANG ELOK SAHAJA DAN TIDAK PERLU DITUKAR."....
Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata dia amat menyenangi kamu.... MAKA BERBAHAGIALAH WAHAI ISTERIKU."....
No comments:
Post a Comment