TOKYO - Lelaki paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menghembuskan nafas terakhirnya semalam pada usia 116 tahun.
Kimura yang lahir pada tahun 1897 meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kyotango, Kyoto, Jepun akibat sakit tua.
Dia mula dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana mengalami pneumonia. Sejak beberapa hari lalu, doktor yang merawatnya memberitahu, keadaan Kimura semakin tenat.
Pada Disember 2012, Kimura diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia tertua di dunia selepas seorang wanita dari Amerika Syarikat yang berumur 115 tahun meninggal dunia.
Kimura turut memecahkan satu lagi rekod apabila dia disahkan sebagai lelaki yang hidup paling lama selepas mencapai usia 115 tahun dan 253 hari.
Lelaki yang bekerja di sebuah pejabat pos selama 40 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak, 14 cucu, 25 cicit dan 15 orang piut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2W2cSpX7K
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment