Pages

Tuesday, June 18, 2013

Gading gajah hasil rampasan disimpan untuk pendidikan

GADING gajah seberat lima tan yang dirampas ini akan disimpan untuk tujuan pembelajaran.- AP


MANILA - Seorang ahli parlimen di sini mengarahkan Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR) supaya tidak memusnahkan sejumlah gading gajah yang dirampas, sebaliknya disimpan bagi tujuan pendidikan.
Kesemua gading gajah yang dirampas jabatan itu bernilai PHP$420 juta (RM30.6 juta).
Ahli parlimen itu, Rodel Batocabe berkata, gading gajah tersebut perlu dipelihara dan digunakan untuk tujuan pembelajaran.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Sumber Asli Tempatan memberitahu, tindakan itu akan memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dan mengkaji gading gajah yang jarang dilihat dengan lebih dekat.
"Anak-anak kita mungkin tidak berpeluang untuk melihat dan menyentuh sebatang gading gajah sepanjang hidupnya. Begitu juga seekor gajah hidup.
"Kita sekarang memiliki sejumlah gading gajah berlonggok di pejabat jabatan alam sekitar. Kenapa mesti dimusnahkan apabila kita boleh memberi maklumat mengenai gading itu kepada generasi masa depan," kata Batocabe.
DENR dijadual untuk memusnahkan sejumlah gading gajah seberat lima tan dengan menggunakan jentera penggelek pada 21 Jun ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2WWLt8mUX 
Hakcipta terpelihara 

No comments: