PARIS - Satu fosil haiwan marin purba yang mirip seperti udang karang dan kala jengking diberi nama Johnny Depp oleh seorang saintis.
Saintis itu, David Legg dari Kolej Imperial London berkata, dia memberi nama fosil berusia 505 juta tahun itu kerana Depp pernah berlakon dalam filem Edward Scissorhands pada tahun 1990.
Dalam filem itu, Depp memegang watak lelaki yang mempunyai tangan yang boleh berfungsi seperti gunting.
Menurut Legg dalam satu kenyataan kelmarin, dia juga merupakan peminat pelakon tersebut.
Fosil itu sebelum ini ditemui di Taman Negara Kootenay, British Columbia. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2TadhZGnP
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment