NEW YORK - Sebatang lorong di pinggir bandar Manhattan yang berada dalam keadaan kotor, gelap dan sangat digemari binatang perosak seperti tikus di sini semakin meriah dengan aktiviti memburu tikus oleh penduduk di Amerika Syarikat (AS).
Sekumpulan pemilik anjing terlatih telah menggunakan anjing peliharaan mereka untuk memburu tikus di lorong-lorong gelap di sekitar bandar New York.
Dengan satu perintah ringkas 'Now' (sekarang) yang diberikan, anjing peliharaan dengan pantas akan mengejar mangsa buruan mereka untuk dimusnahkan.
Sejurus menjejak mangsa, anjing buruan itu akan mengelilingi lokasi tikus yang dikesan. Ia kemudian melompat-lompat dan mencakar longgokan sampah yang menjadi tempat persembunyian tikus.
Sebanyak empat ekor anjing dengan cepat telah menggigit tikus yang ditemui dan menggonggongnya.
"Ayuh...Saya maksudkan, cepat!," kata salah seorang pemilik anjing pemburu terlatih, Susan Friedenberg.
Dalam tempoh masa dua minit sahaja, sudah dua ekor tikus telah berjaya ditangkap.
Seorang pemilik anjing, Richard Reynolds dan beberapa pemilik anjing akan memberi penerangan mengenai aktiviti mereka kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2RztHauT9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment