Pages

Saturday, April 13, 2013

Medal Hadiah Nobel dijual RM6.89 juta




GAMBAR menunjukkan bahagian depan (kiri) dan belakang medal milik Crick.- REUTERS


NEW YORK - Sekeping medal Hadiah Nobel yang diberikan kepada seorang saintis yang menemui asid deoksiribonukleik (DNA), Francis Crick dijual pada harga AS$2.27 juta (RM6.89 juta) di sini kelmarin.
Medal tersebut dijual dalam acara lelongan yang dikendalikan oleh firma Heritage Auctions di Manhattan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Biomobie, Jack Wang.
Crick dari Britain menerima medal tersebut pada tahun 1962 bersama dua lagi rakannya yang turut menemui DNA iaitu James Dewey Watson dan Maurice Hugh Frederick Wilkins.
Medal tersebut disimpan di dalam peti deposit selamat sejak kematian balu Crick sebelum ia dilelong oleh pewarisnya.
Sebahagian daripada hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada Institut Francis Crick di London.
Pada Rabu lalu, sepucuk surat Crick kepada seorang anak lelakinya berusia 12 tahun yang memberitahu tentang penemuan struktur DNA dijual lebih AS$6 juta (RM18.23 juta).
Surat tersebut dijual pada harga AS$6.05 juta (RM18.40 juta) dalam acara lelongan yang dikendalikan firma Christie's.
Harga itu merupakan rekod untuk lelongan sepucuk surat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2QI0enj8R 
Hakcipta terpelihara 

No comments: